Jalan-jalan : Jogjakarta


Istana Taman Air Jogjakarta
Hello semua,

Apa khabar? Dah masuk bulan April yer...maknanya dah 4 bulan kita berada dalam tahun 2011. Baiklah, kali ini aku nak bercerita serba ringkas pengalaman aku menjadi Tour Leader ke Jogjakarta, Indonesia. Tarikhnya pada 29 Mac hingga 1 April 2011.

Sebelum bercerita lebih lanjut, tahukah anda semua dimana letaknya Jogja? Mungkin ramai yang tahu, tapi ada gak yang bertanya kepada aku, apa yang best kat sana? Hehehe...sebenarnya ramai tak tahu, Jogjakarta adalah salah sebuah kota pelancongan terkenal di Indonesia. Di sinilah tempat asal-usul Jawa ( ala...PGL pun asal dari sini). Kat sini, majoritinya dari kaum Jawa.

Boarding Pass Malaysia Airlines

Jogja terkenal dengan kota budaya dan kota ilmu. Kota budaya kerana ia mempunyai warisan sejarah ribuan tahun. Kat sini jugalah letaknya borobudur dan candi Parambanan. Untuk makluman, Jogjakarta juga mempunyai universiti terbaik di dunia iaitu Universiti Gajah Madha. Di sini jugalah tempat lahir artis kesenian, Kamal Affandi dan juga letaknya gunung paling berbahaya di dunia, iaitu gunung merapi.

Aku sebenarnya suka pergi Jogja. Barang murah, senang nak cari makan, banyak gak tempat menarik boleh pergi. Oklah..ikuti pengembaraan aku ini....


Hari pertama :-

Seperti biasa, aku dah terpacak kat KLIA dari jam 6.00 pagi lagi. Penerbangan MAS ke Jogja bermula jam 9.15 pagi. Penerbangan mengambil masa 2 jam setengah. ( Macam ke Kota Kinabalu). Oh yer, tuk makluman, flight MAS pergi ke Jogja 3 kali seminggu iaitu Selasa, Jumaat dan Ahad. Kalau Air Asia pula setiap hari, tapi sehari sekali. ( makluman terbaru : MAS tamatkan penerbangan ke Jogjakarata)

Tiba di Jogja jam 10.55 pagi ( waktu tempatan). Jogja ini lewat satu jam dari kita. Kalau kita jam 9.00 pagi, kat sana jam 8.00 pagi. Tapi suasananya sama je macam kat Malaysia. Kalau jam 6.00 petang tu dah macam Maghrib kat sini.

Sampai sahaja airport Jogja. mak aii..kena beratur panjang tuk imigresen. Airport Jogja kecil sahaja. Tak besar pun. Macam airport kuantan. Lepas imigresen, berjumpa dengan Pak Edi, iaitu tour guide di Jogjakarta. Perjalanan bermula ke Kota Gede, terkenal dengan barangan perak. Kami makan tengahari di sana. Sedaplah jugak, tapi makanan jawa. Terkenal dengan manisnya...hehe.

Selepas makan, kami ke Manding dan Kasongan. Kat sini macam kampung kraftangan. Menurut Pak Edi, Kasongan merupakan kawasan teruk terjejas akibat gempa bumi pada tahun 2006. Kawasan ini terkenal dengan barangan seramik dan ukiran. Percaya tak, ada barangan ukiran serendah RM1 di sini.

Selepas itu, kami terus ke hotel di Jalan Malioboro. Hotel bernama Jentra Dagen. Cantik hotel ini macam hotel butik. Lokasinya pun tak jauh dengan Malioboro Mall. Oh ye, Malioboro ini macam city centre of Jogja. Kat sini ada banyak kedai jual cenderamata, dan kedai jual makananan. Kat sini juga banyak barangan batik.

Malam ini kami makan malam di Kawasan Keraton - atau Istana Sultan. Sekali lagi makanan Jawa...hehe.

Hari Kedua:

Kuil Parambanan - tinggalan sejarah di Jogjakarta


Hari agak menarik bagi aku. Langit cerah dan aku dapat tengok sendiri gunung Merapi depan mata. Memang unik! Tapi jelasnya ia adalah gunung berapi paling bahaya di dunia. Pagi ini, kami pergi ke Solo atau nama lainnya Surakarta.

Solo merupakan bandar kecil, terletak lebih kurang 70km dari Jogja. Perjalanan makan masa dalam 1 jam setengah. Kat sini, bandarnya lebih tersusun berbanding Jogja. Mungkin ramai suka pergi Solo kerana Solo terkenal dengan batik. Batik kat sini pada pandangan aku agak cantik. Harganya pun murah2.

Kat sini, ada keratan Solo. Atau nama lainnya, Istana Mangkunegaran. Istana ini berhampiran dengan bandar Solo. Walaupun Istana, tapi aku rasa kurang menarik. Ini kerana suasana tamannya tidak dijaga dengan rapi. Istananya saling tak tumpah macam Istana Arau kat perlis nun.

Lepas makan, kami semua membeli belah di Pasar Klewer. Kat sini, macam pasar Siti Khadijah. Ada macam-macam barangan terutama sekali produk batik. Busana muslim macam telekung dan kain pelikat pun ada. Yang penting kena pandai menawar!

Petang itu kami bertolak ke Jogja dan singgah makan Bakso rusuk. Sedap gak..iyalah, ori dari Solo kan. Malam ini, aku menikmati Nitelife jogja dengan menaiki beca. Harganya hanyalah IDR5000 atau lebih kurang RM2. Murah kan? Pusing2 jogja tak sampai RM2. Kalau kat Malaysia, hurm..jangan harap ler.

Hari Ketiga:

Berada di atas jambatan di Sleman

Hari ini sepatutnya kami semua ke Borobudur. Tapi malangnya apabila sampai ke Sleman ( dalam 15km ke kuil), jambatan tersebut ditutup kepada orang awam. Ini kerana terdapat satu banjir besar malam semalam dan menyebabkan jambatan retak. Jadi, bas dan kenderaan besar tidak boleh lalu ke situ.

Hurm..memang agak frust! Maklumlah, borubudur adalah ikon Jogja. Macam pergi KL tak pegi KLCC. Rugi kan? Tapi nak buat macam mana. Jadi kami mengambil kesempatan untuk pulang ke Jogja. Dalam perjalanan, kami singgah membeli buah salak. Aku malas nak beli, sebab malas nak bungkus. Haha.
Sungai yang mengalir dari Gunung Merapi

Sampai di Jogja, kami semua mengambil kesempatan untuk membeli belah. Untuk makluman, Jogja adalah syurga membeli belah bagi rakyat Malaysia. Kat sini ada beberapa factory outlet seperti Cosma Dagu. Selain baju-baju berjenama, bagi mereka berminat dengan barangan kulit dan ukiran, bolehlah ke kawasan Kota Gede dan Kasongan. Di sana ada banyak koleksi barangan kulit dan harganya murah-murah belaka.

Bagi peminat senibina dan artifak sejarah, bolehlah melawat ke Istana Taman Air atau nama Inggeris - Water Castle. Istana ini terletak berhampiran dengan kraton Jogja dan tak jauh dari pusat bandar. Aku berkesempatan melawat istana ini, dan paling menarik, cuma 8 orang sahaja yang turun dari bas dan nak melawat istana ini. Selebihnya sanggup tunggu di dalam bas kerana malas berjalan dan kepanasan.

Istana ini dibina khas untuk raja berehat-rehat pada hujung minggu. Dikatakan pada zaman dahulu, kawasan istana dikelilingi air. Terus terang kawasan istana ini memang cantik, nak pula ada satu kawasan dibina masjid bawah tanah. Tapi sayang, ia tidak dijaga dengan rapi.

Petang itu kami semua membeli belah di Malioboro. Kawasan yang paling happening di Jogja. Kat situ ada macam-macam barang boleh dibeli seperti produk-produk batik dan kraftangan. Ada juga makanan khas jogja seperti Bakpia, dan kerepek-kerepek. Memang sedap..hehe.

salah satu restoran nasi padang di Solo

Hari keempat:

Esoknya seawal jam 10 pagi, kami semua bertolak ke airport. Semuanya berjalan dengan lancar dan kami tiba di KLIA jam 3.30 petang.

Oklah, aku nak kongsi tips-tips jika kalian pergi ke Jogjakarta:

1. Cari hotel berhampiran dengan Malioboro. Ini kerana Malioboro adalah pusat bandar Jogja dan di sini ada banyak kedai makan.

2. Bawak lah adapter plug 2 pin. Ini disebabkan indonesia menggunakan plug 2 pin. Jadi susah pula kita nak charge handphone kalau takde adapter.

3. Makanan halal memang banyak. Tapi pilihlah kedai yang bersih. Aku tak berapa rekomen kalau anda makan di tepi jalan. Paling best, makanan kat sini murah-murah belaka.

4. Kalau membeli belah di pasar ataupun jalanan, berhati-hati. Jangan mudah percaya dengan kata-kata penjual atau orang tak dikenali. Lazimnya mereka akan berkata ada saudara di KL, dan saudaranya bekerja di KLCC - nampak benor menipu..ingat senang ke nak kerja kat KLCC.

5. Tawar -menawar - paling bagus kalau anda hebat dalam tawar menawar. Cara terbaik buat tawaran 50% . Insyallah, jika anda bijak anda akan dapat harga yang anda mau.

6. Paling penting, pergi Indonesia kena bawak duit banyak-banyak. Buat tukaran wang di Malaysia. Ini kerana tukaran duit di Indonesia lebih mahal berbanding di Malaysia.

7. Selamat ke kalau nak ke Merapi? Sebenarnya masih selamat. Ini kerana Merapi akan mengeluarkan tanda-tanda amaran jika meletus. Lazimnya anda boleh ke Ketep Pass untuk mengambil gambar merapi dengan lebih dekat.

8. Kota Jogja dikenali sebagai kota budaya. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan tarian asli jawa di Keraton dan juga drama tari Ramayana di kuil parambanan.

9. Selain Jogja, mereka juga boleh ke Parangtiris, Solo dan Semarang. Kawasan ini terkenal dengan produk-produk kampung yang semestinya murah.

10. Masa terbaik melawat Jogja ialah sekitar bulan Mei ke September. Ini kerana cuaca di Jogja panas sepanjang hari. Jadi, anda bolehlah luangkan masa melawat ke tempat-tempat bersejarah. Cuaca cerah juga memungkinkan anda melihat Merapi dengan lebih dekat.

jumpa lagi destinasi lain pula...erm 29 Apr dan 7 mei....